Tuesday, January 12, 2010

Hatiku sebu


Hati ini sebu pilu...
Tatkala fikirkan tentang cinta..
kerna cinta yang lalu meninggalkan parut yang ngilu..
ditinggalkan oleh insan yang benar-benar ku puja..

Ketika ada insan yang ingin melamar hati ini..
Sambutanku hambar menghampakan mereka..
kerna aku rasakan cinta ini membuat hidupku derita..
kerna aku rasakan cinta ini membunuh diri ini..

Hingga kini hatiku masih sakit,masih sedih..
mengenangkan kisah itu hatiku menjadi pedih..

Salahkah aku untuk menganggap cinta itu sia-sia?
Salahkah aku menganggap kaum adam hanya menyusahkan hidupku?
Hanya tahu menganiaya & menyakiti hati aku?
Salahkah aku membuat keputusan tidak untuk berumahtangga?

kerna aku takut..
kerna aku trauma..
dengan sikap sesetengah lelaki yang tak guna..
dengan sikap sesetengah lelaki yang keji..
dengan sikap sesetengah lelaki yang tidak punya perasaan..

jika aku silap..
sila jelaskan dimana..
sila jelaskan mengapa..
sila jelaskan kenapa..
sila jelaskan bagaimana..
aku bisa silap membuat keputusan ini..

bantulah aku..
yang masih dalam keadaan..
hati yang sebu kecewa..

Bisik jiwaku ~ perlukah aku merintih tatkala dia bergembira dgn insan lain...

2 comments:

  1. salam ..

    jika cik/puan mengunjungi blog anak laut. Blog beliua adalah blog ciplak. Menciplak artikel orang lain dan dimuatkan dalam blog beliau.

    Beliau telah membuat satu blog baru dan menciplak seluruh artikel saya untuk mendapat perhatian dan kepentingan peribadi tapi apabila saya dapat mengesan beliau beliau tutp blog tersebut anaklaut2009.webpress.com.

    saya rasa beliau ada agenda tertentu dan blog beliau yang ada sekarang ini pun terdapat hasil ciplak dan hati hati dengan blogger ini.
    muharrikdaie.webpress.com

    ReplyDelete
  2. muharrikdaie - terima kasih atas maklumat anda..tp saya hanya sebagai manusia tiada mampu utk menghukum dgn kata2 saya..ye..setiap apa yg kita lakukan sudah pasti ada tujuannya kan..xpe lah..mudah-mudahan kita beroleh kebenaran,kejayaan & kebahagiaan hidup..

    ReplyDelete

Nilai SeRinYa KaseH dititip santun kata..