Tuesday, January 12, 2010

Rindu









Saat ini aku rindu
rindu pada kenangan lalu
terlalu indah aku rasakan
tetapi aku terpaksa lepaskan

lepaskan kenangan itu untuk seseorang
yang tidak mengerti & dimengerti
mengapa ia perlu terjadi
buat aku makin murung

mungkin ia suratan takdir
mungkin itu juga dinamakan
jodoh tidak dipertemukan
oleh Kuasa Penentu takdir

cuma aku harapkan
tiada lagi cercaan dilantun
tiada lagi taburan fitnah diracun
hanya untuk mendamba diri itu benar
sedangkan pencetus segala-galanya bukan dari aku

Hati yang salah adalah
memberi harapan tapi mengkhianati
diberi harapan menarik kembali
hatimu itu salah

Ya Allah
Bahagiakan hatiku
Suburkan jiwaku
Jernihkan tawaku
kerana meruntun doaku untukMU
agar Kau tahu
aku sentiasa mahu menjadi terbaik untukMU


Bisik jiwaku ~ adakah kau masih merindui aku?

4 comments:

  1. salam kaseh...

    sama2=)
    sudi2 lh follow gk blog skY..
    www.lifeissjourney.blogspot.com

    salam ukhwah skali lg=)

    ReplyDelete
  2. salam.....ukhwah,


    rindu
    dikau dtg lg..
    Menyapa segenap sanubari
    Dikala sepi mencengkam diri

    rindu
    Apakah yg dikau cari..
    Mengapa sering menghimpit hati

    rindu
    Tidakku tahu keperluanmu..
    Bijak mencuri lakaran perasaanku

    rindu..dalam sepi.

    ReplyDelete
  3. skY - Salam ukhuwah kembali..terima kasih sudi menjengok sebentar lalu di sini..moga permulaan ini yg akan merapatkan lagi hubungan..

    ReplyDelete
  4. anak laut - rindu itu adalah satu perasaan yg sakti..yg mudah diungkapkan..tp nilai perbuatannya yg berbeza2..tp rindu itu akan jadi sakit pabila rindu itu tidak berbalas..

    ReplyDelete

Nilai SeRinYa KaseH dititip santun kata..