Saturday, June 18, 2011

Kembali setelah sekian lama..











Kembali lagi aku di sini...

Melakar kisah cinta..

Tiada istimewa untuk dikongsi..

Hanya sekadar melempiaskan kata..


Aku masih di takuk lama..

Tiada episod cinta yang istimewa..

Hanya meneruskan baki sisa..

Hidup ini yang penuh suka-duka..


Sentiasa mengharap cinta sejati..

dari seorang kekasih hati..

yang mengerti hati ini..

yang bisa menghargai diri ini..


Perlukah aku berputus asa?

Dari terus mengharap kasih sejati?

Kerna di usia ini tiada lagi serinya..

Tiadalah mengerti erti bergembira lagi..


Cinta...

Aku masih mencari..

Sudah ada permulaanya..

Tapi tanpa di duga ia terhenti..


Sakitnya rasa jiwa ini..

Bila harapan hancur di tengah jalan..

Mengapa aku kena terima semua ini?

Mengapa aku yang lemah harus mengharung beratnya dugaan?


Moga sinar kebahagiaan menjelma..

Terus menerangi dalam hidupku..

Menyuburkan segala kehidupan di dunia..

Biar semua rasa apa erti kebahagiaan hidup itu...


Ya Allah....

Aku bersujud memohon padaMu...

Izinkan aku merasa apa itu kebahagiaan hidup di dunia ini..

Izinkan aku merasa indahnya cinta itu..

Izinkan yang terluka sembuh kembali..



Bisik Jiwa ~ Mana pergi cinta sejati?

Monday, July 5, 2010

Tiada Lagi Hati...


Aku sudah tidak punya hati...
Aku sudah tidak punya perasaan..
Untuk berfikir dalam menjalinkan hubungan sejati..
Atas dasar perkahwinan..

Bagiku..
Perkahwinan adalah sesuatu yang menyakitkan hati..
adalah sesuatu yang meletihkan jiwa..
adalah sesuatu yang memenatkan perasaan..
untuk menjaga perasaan orang lain..
sedangkan perasaan sendiri tiada yang peduli...

Mungkin aku salah..
Mungkin aku berdosa kerna tidak mengikut sunnah..
Tapi biarlah dari aku merasai kesakitan..kesedihan..
biarlah aku terus sendirian..
biarlah aku dengan perasaan aku sendiri..

kerna hati ini sudah tiada..
mempercayai cinta..
sudah tiada mempercayai lelaki..
yang hanya tahu menyakiti..

biarlah umurku terus terburu..
dengan pengisian menjaga keluargaku..
dengan menambah ilmu..
dengan melanjutkan pelajaranku..

Terima kasih kepada yang melukakanku..
aku sudah tiada hati untuk berteman..
hanya kerna kalian..
yang pernah menyakiti diriku..


Bisik Jiwa ~ kenapa lelaki hanya tahu menyakiti??

Tuesday, January 19, 2010

SePi...


Hatiku kini sepi...
sepi dari suara mengambil berat tentangku..
sepi dari suara yang mengatakan suka padaku..
hatiku sunyi...

hati aku masih sakit atas cinta semalam..
hati aku masih sedih atas perbuatan sang kejam..
mustahil untuk aku terima cinta yang baru..
tapi bila dia pergi..hatiku jadi sayu..

mengapa ia terjadi?
mengapa ia berlaku?
padahal hati aku tak menginginkan dia disisi..
padahal sikapnya buat aku hatiku jadi sebu..

mungkin sudah lama tiada orang mengambil tahu tentangku..
itu sebablah hatiku jadi sepi bila dia pergi..
menjauh diri merana rajuk cintanya dipinggiri..
adakah ini semua atas nama rindu?

sekarang aku cuba belajar hidup tanpa lelaki..
lelaki yang digelar kekasih hati..
kerana aku tidak mahu lagi disakiti..
kerana aku tidak mahu bersedih lagi..

sakit dan kecewanya hati bila cinta di dusta..
sedihnya hati bila sang kekasih berlaku curang..
remuknya hati bila segala janji dan harapan semuanya tipu belaka..
hancurnya hati bila dia pergi pada insan lain tanpa rasa bersalah..

ya..
aku mengaku masih trauma..
sukar untuk melupakan dia..
walaupun dia adalah sang kejam..
disebabkan kekejaman dia..
aku jadi fobia untuk menerima insan lain..

sedangkan dia berbahagia..
dengan insan lain tanpa rasa bersalah..
mengikat janji bersumpah kasih..
mempamer meruntunnya bahagia mereka..



BiSiK JiWa ~ Hatiku masih sakit...

Tuesday, January 12, 2010

Hatiku sebu


Hati ini sebu pilu...
Tatkala fikirkan tentang cinta..
kerna cinta yang lalu meninggalkan parut yang ngilu..
ditinggalkan oleh insan yang benar-benar ku puja..

Ketika ada insan yang ingin melamar hati ini..
Sambutanku hambar menghampakan mereka..
kerna aku rasakan cinta ini membuat hidupku derita..
kerna aku rasakan cinta ini membunuh diri ini..

Hingga kini hatiku masih sakit,masih sedih..
mengenangkan kisah itu hatiku menjadi pedih..

Salahkah aku untuk menganggap cinta itu sia-sia?
Salahkah aku menganggap kaum adam hanya menyusahkan hidupku?
Hanya tahu menganiaya & menyakiti hati aku?
Salahkah aku membuat keputusan tidak untuk berumahtangga?

kerna aku takut..
kerna aku trauma..
dengan sikap sesetengah lelaki yang tak guna..
dengan sikap sesetengah lelaki yang keji..
dengan sikap sesetengah lelaki yang tidak punya perasaan..

jika aku silap..
sila jelaskan dimana..
sila jelaskan mengapa..
sila jelaskan kenapa..
sila jelaskan bagaimana..
aku bisa silap membuat keputusan ini..

bantulah aku..
yang masih dalam keadaan..
hati yang sebu kecewa..

Bisik jiwaku ~ perlukah aku merintih tatkala dia bergembira dgn insan lain...

Rindu









Saat ini aku rindu
rindu pada kenangan lalu
terlalu indah aku rasakan
tetapi aku terpaksa lepaskan

lepaskan kenangan itu untuk seseorang
yang tidak mengerti & dimengerti
mengapa ia perlu terjadi
buat aku makin murung

mungkin ia suratan takdir
mungkin itu juga dinamakan
jodoh tidak dipertemukan
oleh Kuasa Penentu takdir

cuma aku harapkan
tiada lagi cercaan dilantun
tiada lagi taburan fitnah diracun
hanya untuk mendamba diri itu benar
sedangkan pencetus segala-galanya bukan dari aku

Hati yang salah adalah
memberi harapan tapi mengkhianati
diberi harapan menarik kembali
hatimu itu salah

Ya Allah
Bahagiakan hatiku
Suburkan jiwaku
Jernihkan tawaku
kerana meruntun doaku untukMU
agar Kau tahu
aku sentiasa mahu menjadi terbaik untukMU


Bisik jiwaku ~ adakah kau masih merindui aku?

Bermula Langkahku di sini...





Salam diberi...
Menyusun kata..
Menaip tertib jari ini..
bermula suara..

suara hati toleh ke jari..
dari jari terus ke paparan maya..
hanya ingin mencuba hobi...
merisik khabar di alam maya..

setiap kata lahir setulus ikhlas..
hanya terbit dari setiap yang berlaku..
setiap hari,setiap detik hidup yang dipinjam..
tiada lakonan hanya realiti..

sebagai diari kehidupanku..
untuk tatapan siapa yang mahu melihat..
pada mereka yang sudi & ikhlas..
biar jadi pedoman mahupun pengajaran..

yang gembira dirasa..
yang duka di mengerti..
moga setiap yang dirasa & di mengerti..
menjadi titik mula sebuah persahabatan...


Bisik jiwaku ~ masih bertatih..sentiasa jatuh namun kugagahi jua utk meneruskan kehidupan...