Tuesday, January 19, 2010

SePi...


Hatiku kini sepi...
sepi dari suara mengambil berat tentangku..
sepi dari suara yang mengatakan suka padaku..
hatiku sunyi...

hati aku masih sakit atas cinta semalam..
hati aku masih sedih atas perbuatan sang kejam..
mustahil untuk aku terima cinta yang baru..
tapi bila dia pergi..hatiku jadi sayu..

mengapa ia terjadi?
mengapa ia berlaku?
padahal hati aku tak menginginkan dia disisi..
padahal sikapnya buat aku hatiku jadi sebu..

mungkin sudah lama tiada orang mengambil tahu tentangku..
itu sebablah hatiku jadi sepi bila dia pergi..
menjauh diri merana rajuk cintanya dipinggiri..
adakah ini semua atas nama rindu?

sekarang aku cuba belajar hidup tanpa lelaki..
lelaki yang digelar kekasih hati..
kerana aku tidak mahu lagi disakiti..
kerana aku tidak mahu bersedih lagi..

sakit dan kecewanya hati bila cinta di dusta..
sedihnya hati bila sang kekasih berlaku curang..
remuknya hati bila segala janji dan harapan semuanya tipu belaka..
hancurnya hati bila dia pergi pada insan lain tanpa rasa bersalah..

ya..
aku mengaku masih trauma..
sukar untuk melupakan dia..
walaupun dia adalah sang kejam..
disebabkan kekejaman dia..
aku jadi fobia untuk menerima insan lain..

sedangkan dia berbahagia..
dengan insan lain tanpa rasa bersalah..
mengikat janji bersumpah kasih..
mempamer meruntunnya bahagia mereka..



BiSiK JiWa ~ Hatiku masih sakit...

No comments:

Post a Comment

Nilai SeRinYa KaseH dititip santun kata..